Saturday, 25 May 2013


UNIT 29  :  WAH , LAJUNYA !


Tajuk  : Monorel





  v Menjadi pilihan orang ramai

  v Bergerak di atas landasan khas

  v Menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak

  v Mengenakan tambang yang berpatutan kepada penumpang

  v Membawa penumpang ke tempat yang dituju dengan
    cepat dan laju



MARI BERNYANYI


Lagu  : Baju Saya Cantik
            ( mengikut melodi “ Gong Xi Gong Xi ” )





Mari kita gembira
Baju bersih dan cantik
Semua segak bergaya
Menawan dan menarik

Sari doti ceongsam samfu
Sari doti ceongsam samfu

Kain lembut dan halus
Wangi jika dibasuh
Pakaian majlis rasmi
Semua orang memuji

Baju kurung baju Melayu
Baju kurung baju Melayu



Friday, 24 May 2013


KATA NAMA KHAS

Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda , haiwan , tempat dan orang secara khas .Huruf awal kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar .


Kategori
Contoh
Contoh Ayat
Benda
Proton Wira ,
Adidas
Bapa membeli sepasang kasut
Sukan Adidas untuk abang .
Haiwan
Sang Kancil ,
Si Comel
Kucing kesayangan Chee Ling bernama Si Comel .
Tempat
Kuala Lumpur ,
 Restoran Halim
Kuala Lumpur ialah ibu negara
Malaysia .
Orang
Jia Ming ,
Encik Chan
Jia Ming ialah sepupu saya .

Latihan Tubi   :

Tuliskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat di dalam kotak yang disediakan .


1.) Firdaus baru berpindah ke Pulau Pinang .



2.) Semua haiwan di hutan takut akan Pak Belang yang ganas
     itu .



3.) Rumah Swee Ling berdekatan dengan Pasar Raya Tesco .



4.) Pada cuti sekolah , Sofea dan keluarganya melawat ke
    Zoo Negara .



5.) Sundram tidak sabar hendak menyambut perayaan Hari
    Deepavali .






KATA NAMA AM 

Kata nama am digunakan untuk menunjukkan nama sesuatu benda , haiwan , tempat dan orang secara umum . 

Kategori
Contoh
Contoh Ayat
Benda
Kerusi , meja
Di dalam kelas saya ada 35 buah meja .
Haiwan
Kucing , singa
Puan Aini memelihara seekor kucing .
Tempat
Sekolah , hospital
Doktor Lim bekerja di hospital .
Orang
Guru , polis
Bapa Ravi seorang polis .

Latihan Tubi   :

Gariskan kata nama am yang terdapat dalam ayat – ayat
di bawah .


1.) Emak saya pergi ke pasar setiap hari Ahad .

2.) Harimau itu sangat ganas .

3.) Kakak selalu menolong nenek menyiram bunga .

4.) Pisau di atas meja sangat tajam .

5.) Mereka berkelah di pantai .

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua patah perkataan dan mempunyai maksud tertentu .


Simpulan Bahasa
Makna Simpulan Bahasa
Anak kandung
Anak sendiri .
Mandi kerbau
Mandi tidak bersih .
Sakit hati
Berasa marah
Anak angkat
Anak orang lain yang diperlihara sebagai anak sendiri .
Murah hati
Tidak kedekut .
Ambil berat
Memberi perhatian .
Ulat buku
Orang yang suka membaca buku .
Alas perut
Makan sedikit untuk menahan lapar .
Berat tulang
Malas bekerja .
Kaki lima
Kawasan laluan di hadapan bangunan .



Latihan Tubi   :

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai .


Hidung tinggi  ,  makan angin  , murah hati  ,
ulat buku  ,  alas perut


1.) Ismail makan dua keping roti sebagai ___________
kerana lapar .

2.) Budak yang ___________ itu tidak mempunyai banyak
kawan .

3.) Pada cuti sekolah yang akan datang , bapa akan membawa
kami pergi ____________ ke Pulau Langkawi .

4.) Pak cik Ali seoarang yang ______________ , oleh itu
beliau disukai oleh ramai penduduk kampung .

5.) Meng Geok seorang yang amat suka membaca buku seperti
    ______________ .







KATA MAJMUK

Kata majmuk terdiri daripada dua patah perkataan . Dua patah perkataan membentuk satu kata yang baharu dengan makna yang baharu juga .

Contoh
kasut bola , alat tulis , baju hujan , pasar malam

Latihan tubi   :


1.)  sup                                                         minyak          

2.)  kereta                                                   api

3.)  peti                                                         terbang     

4.)  nasi                                                        terjun     

5.)  terima                                                  lampu

6.)  kapal                                                    surat

7.)  tiang                                                      kasih

8.)  air                                                           ayam



KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang . Terdapat 3 jenis kata ganti nama diri :



Kategori
Contoh
Contoh Ayat

Kata Ganti Nama
Diri Pertama

- digunakan
untuk orang
pertama


saya , aku , beta ,patik ,
   hamba , kami ,
     kita

“ Marilah kita makan bersama-
Sama , “ kata Julia kepada adiknya .

Kata Ganti Nama
Diri Kedua

- digunakan
untuk orang
pertama


kamu , anda , awak , engkau ,
tuan , puan , saudari , cik ,
saudara , kalian



“ Kamu tidak boleh mementingkan diri sendiri , “ kata ibu kepada abang .

Kata Ganti Nama
Diri Ketiga

- digunakan
untuk orang
pertama


Dia , ia , beliau ,baginda ,
mereka , - nya

Encik Leong dan Encik Muthu tinggal berjiran . Mereka berkawan baik .


Latihan Tubi   : 

Pilih jawapan yang betul .

(1.) __________ suka makan ikan atau telur ?
     A.) Kami     B.) Kamu     C.) Saya

(2.) Setiap hari , emak dan Puan Chai pergi ke pasar .    
     __________ berjalan kaki  ke sana .
     A.) Mereka     B.) Kami     C.) Kamu

(3.) Adik sedang membaca buku cerita baharu ___________ .
     A.) dia     B.) ia     C.) nya

(4.) ___________ seorang doctor yang baik hati .
     A.) Dia     B.) Beliau     C.) Mereka

(5.) ___________ dan Yong Hua berkawan baik .
     A.) Saya     B.) anda     C.) Baginda



UNIT 24  :  ENAKNYA TEH

Dengar dan ceritakan . Kemudian , tulis .


Tajuk  :  Bercuti Di Sabah




Ai Ling dan keluarganya bercuti di Sabah . Mereka bercuti  sambil melawat ke ladang teh .




Ai Ling bergambar bersama – sama dengan keluarganya di ladang teh . Mereka gembira kerana dapat melihat pemandangan yang indah di situ .




Mereka singgah di restoran yang terdapat di ladang teh untuk menikmati air teh . Air teh itu enak rasanya .








MARI BERNYANYI


Lagu  :  Ainaku Sayang ( mengikut melodi  “ Suriram “ )





Suriram ram suriram ram ram

Adikku Aina yang manis

Jiran dan kawan riang ceria sayang

Lihat wajahmu amboi comelnya



Ainaku sayang kami hiburkan suriram

Kawan yang datang sangat gembira suriram

Kami doakan Aina sejahtera sayang

Baik perangai pandai orangnya 



Thursday, 23 May 2013


UNIT 21 : LAMBANG NEGARA 



Bunga Raya

  v Lambang Negara
  v Bunga kebangsaan
  v Terdapat pada wang syiling , wang kertas dan 
         kain rentang majlis rasmi  kerajaan



Bendera Malaysia

   ü Lambang negara
   ü Bendera kebangsaan
   ü Dikibarkan di sekolah , pejabat kerajaan dan swasta