Friday 24 May 2013


SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua patah perkataan dan mempunyai maksud tertentu .


Simpulan Bahasa
Makna Simpulan Bahasa
Anak kandung
Anak sendiri .
Mandi kerbau
Mandi tidak bersih .
Sakit hati
Berasa marah
Anak angkat
Anak orang lain yang diperlihara sebagai anak sendiri .
Murah hati
Tidak kedekut .
Ambil berat
Memberi perhatian .
Ulat buku
Orang yang suka membaca buku .
Alas perut
Makan sedikit untuk menahan lapar .
Berat tulang
Malas bekerja .
Kaki lima
Kawasan laluan di hadapan bangunan .



Latihan Tubi   :

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai .


Hidung tinggi  ,  makan angin  , murah hati  ,
ulat buku  ,  alas perut


1.) Ismail makan dua keping roti sebagai ___________
kerana lapar .

2.) Budak yang ___________ itu tidak mempunyai banyak
kawan .

3.) Pada cuti sekolah yang akan datang , bapa akan membawa
kami pergi ____________ ke Pulau Langkawi .

4.) Pak cik Ali seoarang yang ______________ , oleh itu
beliau disukai oleh ramai penduduk kampung .

5.) Meng Geok seorang yang amat suka membaca buku seperti
    ______________ .





No comments:

Post a Comment