Thursday, 23 May 2013


KATA TANYA

Kata tanya ialah kata yang digunakan dalam ayat untuk bertanya  . Jika kata tanya diletakkan di pangkal ayat , maka mestilah disertai dengan partikel – kah .


Kata Tanya
Pengunaan
Contoh Ayat
Apa
Menanyakan benda atau haiwan
Apakah benda itu ?
Siapa
Menanyakan orang
Siapakah yang berdiri di luar pagar ?
Mengapa
Menanyakan sebab
Mengapakah kamu menangis ?
Berapa
Menanyakan jumlah
Berapakah harga sekilo ikan ini ?
Bila
Menanyakan masa
Bilakah kamu hendak pergi ke rumah nenek kamu ?
Mana
Menanyakan tempat
Di manakah rumah kamu ?
Bagaimana
Menanyakan cara
Bagaimanakah cara membuat biskut itu ?




Bulatkan jawapan yang betul :

1.( Siapakah , Apakah ) lelaki itu yang ditahan oleh polis ?

2.( Bilakah , Apakah ) yang ada di dalam laci itu ?

3.( Berapakah , Siapakah ) harga sesikat pisang ini ?

4.( Di manakah , Bagaimanakah ) keadaan datuk kamu sekarang ?

5.( Mengapakah , Berapakah ) kamu termenung sahaja ?

UNIT 20 : GUNAKANLAH BARANGAN KITA

Mari bernyanyi  : ( Kereta Buatan Malaysia )





Marilah kawan

Beli barangan kita

Kereta buatan Negara



Hebat di dunia

Proton Inspira

Kereta Malaysia

Wira saya Waja Perdana

Banyak orang suka





UNIT 17 : SEGAK DAN BERGAYA

JAWAB SOALAN BERPANDUKAN GAMBAR .





1.Apakah pakaian tradisional yang dipakai oleh keluarga Aiman ?

2.Bilakah Aiman memakai baju tradisional Melayu ?

3.Mengapakah Aiman dan keluarganya memakai pakaian  tersebut ?

4.Bagaimanakah rupa Aiman setelah memakai baju Melayu ?

Monday, 13 May 2013


KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang digunakan untuk menerangkan benda , haiwan , tempat , orang dan sebagainya .Jenis – jenis kata adjektif adalah seperti berikut :


Jenis Kata Adjektif
Contoh
Sifat / keadaan
berani , garang , baik
Warna
hitam , biru , putih
Ukuran
besar , kecil , tebal
Jarak
jauh , dekat , hampir
Bentuk
bulat , leper , bujur
Pancaindera
harum , hodoh , bising
Waktu
lama , awal , segera
Cara
laju , kencang , perlahan
Perasaan
sedih , bimbang , gembira
Kekerapan
selalu , sering , jarang
















Latihan Tubi :










Nasi lemak di gerai itu ( sedap , payau ) rasanya .

  









Adik tidak suka makan ubat kerana ( manis , pahit ) .










Air kopi ini ( tawar , masin ) kerana tidak dibubuh gula .









Buah mangga itu ( masam . manis ) kerana masih muda .











Bunga Mawar di taman itu ( harum , busuk ) baunya .

Thursday, 9 May 2013


UNIT 12 : MELINTAS DENGAN SELAMAT




Kawan – kawan ,

Kita perlulah mengamalkan lima langkah ketika melintas jalan raya seperti  yang berikut :



Kita hendaklah berhenti sebentar di bebendul jalan .


Kita mestilah melihat ke kanan , ke kiri dan ke kanan semula .



Kita perlulah mendengar bunyi kenderaan dari semua arah .



Kita haruslah berfikir seketika sebelum melintas .


Kita patutlah berwaspada selalu ketika melintas jalan raya .


Wednesday, 8 May 2013


KATA KERJA
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan . Terdapat dua jenis kata kerja iaitu :

A.) KATA KERJA TRANSITIF
      - Kata kerja yang memerlukan objek sesudahnya .

SUBJEK
PREDIKAT
KATA KERJA TRANSITIF
OBJEK
IBU
MENCUCI
BAJU.
ADIK
MENUNGGANG
BASIKAL.
          





B.) KATA KERJA TAK TRANSITIF

      - Kata kerja tak trasitif tidak memerlukan objek sesudahnya 
        dan boleh berdiri sendiri .

SUBJEK
PREDIKAT ( KATA KERJA TAK TRANSITIF )
DIA
TIDUR.
MEI LING
MENANGIS.

Latihan Tubi : 


______________  kasut sekolah setiap minggu .


Tolong  ______________ lantai dapur yang basah .



_____________ tangan yang basah dengan tisu .


 ______________ pam tandas selepas menggunakannya .



_________________  mangkuk tandas sehingga bersih .









Tuesday, 7 May 2013


UNIT   10  : SIMPAN DENGAN SELAMAT

Letakkan pinggan dan cawan kaca di atas rak .

Simpan pisau dan gunting di dalam laci .

Letakkan ubat – ubatan di dalam peti ubat khas .

Ubat nyamuk dan syampu kutu diletakkan di atas rak.





Simpan parang , pongkes dan cangkul di dalam stor .

Simpan skru dan paku di dalam kotak plastik .