Tuesday, 9 April 2013

Kata Seru

Kata Seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan perasaan seperti sakit , hairan , geram , takut dan sebagainya . 

Kata Seru
Ragam Perasaan
Contoh Ayat
Aduh
Sakit
Aduh , sakitnya perut saya .
Amboi
Hairan
Amboi , besarnya rumah ini !
Cis
Marah
Cis , berani engkau mencabarku !
Hai
Menegur
Hai , saya Azlan !
Nah
Menarik perhatian
Nah , ambil duit ini !
Wah
Hairan
Wah , cantiknya lukisan ini !
syabas
Gembira
Syabas , engkau telah menjadi johan .



Latihan Tubi :

Isi tempat kosong dengan kata seru yang sesuai .

1.) __________ , ambil buku ini !

2.) __________ , peningnya kepalaku !

3.) __________ , kemasnya tulisan kamu !

4.) __________ , kamu telah berjaya !

5.) __________ , anak yang kurang ajar !

6.) __________ , wanginya bilik ini !


1 comment: